Monday, 18 March 2013

Pasangan Direndam Dalam Air Kerana Berzina




Akibat tidak makan ‘saman’ dengan teguran oleh penduduk-penduduk kampung, sepasang kekasih ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung Gampong Crung Padang Tiji, Indonesia ketika asyik memadu asmara di dalam sebuah rumah.

Amir Mukhtar,26, dan kekasihnya Ernawati, 22, ditangkap dalam keadaan separuh bogel ketika melakukan zina dan mereka berdua di bawa berjumpa dengan pihak ketua tertinggi di kampung tersebut.

Menurut laporan dari blog Suarapeople.com, orang-orang kampung mendakwa pasangan itu kerap dilihat mengunjungi sebuah rumah di kampung berkenaan dan menyangka mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

Setelah mengetahui yang Amir dan Ernawati bukanlah pasangan suami isteri, orang-orang kampung telah mengambil langkah untuk menasihati akan tindakan bukan muhrim yang mereka lakukan tetapi langsung tidak diendahkan.

‘Kegiatan’ zina antara Amir dan Ernawati telah diintip oleh orang kampung ketika mereka asyik bercumbu di dalam sebuah bilik di rumah terbabit dan terus ditangkap menyebabkan mereka berdua tidak sempat untuk memakai pakaian mereka semula.

Kerana geram dan marah nama kampung mereka terjejas, Amir dan Ernawati telah dihukum rendam dalam air di atas perbuatan berdosa mereka.

Ibu bapa masing-masing juga dipanggil untuk melihat sendiri perlakuan tidak bermoral anak-anak mereka.

Difahamkan, pasangan itu baru sahaja berkenalan dan perkenalan itu baru mencecah usia setahun.

Sumber : Gempakorg

4 comments:

  1. nape x sule bontot pompuan 2 laki 2 potong la... konek die





    ReplyDelete
  2. ala rendam dlm air je...ape barang ado~

    ReplyDelete
  3. aku lagi suka kalau kena rendam dalam air -.- zzz
    sejukkk

    ReplyDelete
  4. kan dah kena rendam...adoi..

    ReplyDelete

Fuh Fanas