Tuesday 28 May 2013

LAWAK!! GAMBAR LUCU - patuhi undang² jalanraya


Walaupun sekadar ber "kereta sorong" pakcik ni tetap mematuhi undang-undang. Kita bagaimana?? huhu... 

PANAS!! Majlis Akad Nikah Ustaz Azhar Idrus dan Izyan (VIDEO + PHOTO)






AJAIB! Buang Bayi Dalam Lubang Tandas Terselamat!



BEIJING, May 26 

"Hati-hati, Cukup, Cukup dah tuh, jangan gaji lagi.. pakai playar saja." - kata² penyelamat yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa si kecil

Seorang bayi yang dibuang ke dalam lubang tandas terselamat apabila seorang penyewa bilik terdengar bunyi pelik dan dia segera memanggil tuan rumah dan pihak polis. Setelah pihak polis sampi, mereka meyuluh lubang tandas tersebut menggunakan lampu suluh dan mendapati ada bayi tersangkut didalamnya.




Anggota penyelamat yang tiba bergegas ketempat kejadian untuk menyelamatkan bayi tersebut dengan memotong bahagian paip dibawah dan seterusnya usaha menyelamat dijalankan di hospital. Bayi berkenaan selamat tetapi kadar denyutan jantung agak lemah mengikut laporan.

Thursday 16 May 2013

Jual Body untuk Bertunang




KUALA LUMPUR : “Saya buat kerja ini (melacur) kerana perlukan duit RM3,000 untuk majlis bertunang. Lepas ini, saya tak akan buat lagi.Masa dah suntuk, saya belum beli apa-apa pun untuk majlis itu.”Inilah pengakuan berani seorang janda muda berusia 25 tahun ketika ditanya alasannya menggadaikan maruah dan harga diri demi mendapatkan wang berkenaan.

Ketika ditemui kelmarin, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ma, tanpa segan silu, menggunakan taktik duduk semeja dengan lelaki terutama yang duduk bersendirian dan menawarkan khidmat seks, di sebuah restoran di salah satu pusat tumpuan orang ramai di ibu negara.

Janda muda terbabit mengenakan bayaran minimum RM100 bagi setiap perkhidmatan seks, tidak termasuk sewa bilik hotel dengan purata dua hingga lima pelanggan sehari sejak beroperasi April lalu, mendakwa terdesak mendapatkan wang untuk majlis pertunangannya dengan bakal suami kedua yang dijadualkan pada cuti sekolah, bulan depan.

Ma memberi alasan tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik, tanpa rasa bersalah, mendakwa sanggup menggadai maruah demi memastikan impian membina rumah tangga dengan lelaki pilihan tercapai.

Wanita mirip pelakon drama popular 90-an dan berlesung pipit itu dikatakan mencari pelanggan di restoran berkenaan ketika waktu puncak terutama waktu makan tengah hari dan dipercayai menjadikan hotel murah di situ sebagai tempat bertemu pelanggan.

“Apa lagi kerja saya boleh buat, ini saja cara mudah mengumpul wang, percayalah, saya amat terdesak,” katanya yang berpakaian sopan dan bergerak sendirian tanpa orang tengah.
Ma juga memberi alasan takut ketika ditanya mengenai keengganannya mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno untuk mencari jalan penyelesaian.

Pengalaman pahit akibat kehancuran rumah tangga kerana berkahwin di usia 19 tahun mengakibatkan Ma mengalami tekanan dan cukup terdesak mendapatkan wang.

Sementara itu, Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Mohd Isa, ketika me-ngulas tindakan Ma mengakui terkejut dengan pilihan wanita itu yang disifatkan sebagai jalan pintas mendapatkan wang.

“Dia sepatutnya berusaha mendapatkan wang tetapi bukan dengan cara itu. Kalau tak ada kelayakan akademik, mohon saja kerja sebagai pencuci dengan upah harian, walaupun bayaran rendah tetapi berkat,” katanya.

“Mungkin statusnya sebagai janda membuatkannya berani melacurkan diri kerana jika masih dara, sudah tentu dia bimbang rahsia terbongkar bila berkahwin. Kadang kala kes seperti ini boleh berlaku disebabkan keinginan seks terlalu kuat,” katanya.

Katanya, perlu ada kajian kenapa wanita itu memilih jalan kotor untuk membina rumah tangga kerana kebiasaannya orang yang terdesak memberi pelbagai alasan untuk mendapatkan sesuatu.

Tuesday 14 May 2013

Aksi Lucu Fotografer Ketika Ambik Gambar


ardua-labor-fotografos-34


Kedudukan yang tepat untuk ambil gambar bagi Fotografer adalah hal yang sangat penting kerana akan menjejaskan kualiti gambar dari sudut pandang yang berbeza


ardua-labor-fotografos-12


Untuk hal tersebut seorang Fotografer kadang melakukan hal-hal yang terbilang aneh bahkan kadang hal berbahaya. Berikut ini hal-hal unik yang dilakukan oleh para Fotografer untuk memperolehi hasil gambar yang terbaik dari objek fotonya.








Friday 10 May 2013

Rahsia & Kelebihan Bangun Awal Pagi


Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal.

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”

Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya.

Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dsb.

Rezeki ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah swt dan dapat dimanfaatkan manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki.

Orang yang mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah swt.

Thursday 9 May 2013

AlFatihah...Biarpun diambang maut,dia masih terseyum dan tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah,sebagaimana Bilal,akidahnya tidak berganjak


biarpun diambang maut,dia tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah,sebagaimana Bilal,akidahnya tidak berganjak.Dia dapat melihat syurga dihadapannya.AllahuAkbar.AlFatihah.

Teguhnya iman dia.biarpun diambang maut,dia tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah,sebagaimana Bilal,akidahnya tidak berganjak.Dia dapat melihat syurga dihadapannya.AllahuAkbar.AlFatihah.

Pemuda ini bernama Husain Khudri..

Beliau berasal dari suku Kurdi,Iran..Pemuda hebat ini dihukum gantung oleh kerajaan Iran kerana beliau merupakan Aktivis pro-sunni dan aktif menyebarkan dakwah ahli sunnah wal jama'ah.. Lebih mengagumkan Husain Khudri menyambut kematiannya dengan senyuman..

Allahu Akbar..

Moga Syurga buatmu..

Spanar Dalam Perut

Wednesday 8 May 2013

Kisah Seram Kereta Terpakai Dijual RM500


Kisah Seram Kereta Terpakai Dijual RM500-Dahulu kecoh kat sekolah aku kerana ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi.
Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah.

Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.
Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu.
Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam.
Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,
“Nak kemana ni cik adik?”, tanya Zues pada wanita tu.
“Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?”, tanya wanita tersebut pada Zues.
“Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?”, tanya si Zues lagi.
“Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu.”
“Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu”, Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.
Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.
Karak 25 Kisah Seram Kereta Terpakai Dijual RM500

“Opssss, berhenti sini bang”, dengan nada yang agak kuat.
“Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi”, Zues hairan.
“Tu ha, rumah saya”, dengan menuding jari kearah satu tempat.
“Takde pun?”, Zues kehairanan.
“Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni”.
sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.
Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. “Oklah, Baik-baik jalan tu” dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.
Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia.
Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, “Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???” Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, “Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang” si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya.
“Abang jangan memain dengan saya bang” dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.
Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, “Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, “Ye bang” jawab bininya “Ada apa abang panggil saya?” “Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?” dengan nada yang agak tinggi. “Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam”. “Ish macammana boleh busuk macam ni?” serba tak kena si Zues dibuatnya.
Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.

Monday 6 May 2013

11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13-Jutaan tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional kerana berjaya memenangi PRU13 yang telah berlangsung semalam. Semoga kemenangan ini akan menjadi paksi untuk negara Malaysia berkembang lebih maju di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.




xlupadotcom10 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13
Menariknya dengan kemajuan teknologi, banyak selebriti-selebriti tanah air yang telah berkongsi detik-detik mereka keluar mengundi semalam. Salah seorangnya ialah Datuk Siti Nurhaliza.
Malah Zain Saidin juga kelihatan keluar mengundi bersama kekasih hatinya, Rozita Che Wan.

xlupadotcom11 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13


xlupadotcom3 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

xlupadotcom4 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

xlupadotcom5 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

xlupadotcom6 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

xlupadotcom7 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

xlupadotcom8 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

xlupadotcom9 11 Gambar Artis Yang Mengundi PRU 13

source-Beautiful Nara

Wednesday 1 May 2013

Aksi Romen Nabila Huda Dipotong LPF

Babak paling mencabar apabila saya terpaksa berada di atas tubuh Nabila Huda dan ia menampakkan seolah-olah seperti saya sedang menciumnya.

“Namun semua itu tidak dapat ditonton kerana telah dipotong oleh LPF dan saya akur,”jelasnya.
Pengarah filem Bisikan Syaitan iaitu Faizul A. Rashid akui terpaksa akur dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mahu memotong 3 babak daripada filemnya termasuk aksi ranjang Fizz Fairuz dengan pelakon wanita, Wan Sharmila.
Faizul berkata dia bernasib baik kerana babak yang dipotong LPF itu tidak mengganggu keseluruhan kronologi cerita asal Bisikan Syaitan.
“Sebenarnya ada 3 babak yang tidak diluluskan LPF, mereka mahu ianya dipotong supaya filem ini tidak nampak terlalu ekstream dan ganas. Tiga babak itu adalah aksi ranjang Fizz Fairuz atas katil dengan pelakon wanita, babak Wan Sharmila ditikam bertubi-tubi oleh Fizz dan babak Fizz menendang bertubi-tubi perut Fiza (bekas anggota Elite).




“Saya akur dengan pemotongan itu kerana setakat ini ia tidak mengganggu keseluruhan kornologi cerita asal Bisikan Syaitan,” katanya kepada murai.com.my ketika sidang media prebiu filem Bisikan Syaitan di e@Curve Damansara, petang semalam.
Filem yang dibintangi oleh Fizz, Nabila Huda, Wan Sharmila, Fiza Elite dan Azam Pitt itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia termasuk Brunei mulai 2 Mei iaitu esok hari.
Sementara itu, Fizz yang diminta mengulas lanjut mengenai aksi ranjang yang dilakonkan di dalam filem itu berkata dia terpaksa membuang rasa malu kerana pertama kali melakonkan babak intim.

gambar+bisikan+syaitan Aksi Romen Nabila Huda Dipotong LPF
“Saya sahut cabaran untuk melakukan babak intim ini kerana bagi saya sebagai pelakon saya perlu mempelbagaikan watak saya. Malah saya terpaksa membuang rasa malu dan segan untuk melakukan babak intim ini bersama 3 pelakon wanita iaitu Nabila Huda, Wan Sharmila dan Fiza Elite.
“Walau bagaimanapun saya terpaksa bersikap profesional dan melakukannya atas dasar kerja.
Bisikan Syaitan mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapat kesenangan hidup.
Mereka kemudiannya hidup dengan hidup serba mewah hasil daripada perjanjian itu. Namun segalanya bertukar menjadi proak pernada apabila Soraya ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian mereka muali terbongkar apabila seluruh keluarga Kamil diganggu mahluk ghaib.
Bagaimana kesudahannya? Saksikan filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance ini di pawagam bermula esok hari (2 Mei)-murai.com.my

Fuh Fanas