Wednesday, 1 May 2013

Aksi Romen Nabila Huda Dipotong LPF

Babak paling mencabar apabila saya terpaksa berada di atas tubuh Nabila Huda dan ia menampakkan seolah-olah seperti saya sedang menciumnya.

“Namun semua itu tidak dapat ditonton kerana telah dipotong oleh LPF dan saya akur,”jelasnya.
Pengarah filem Bisikan Syaitan iaitu Faizul A. Rashid akui terpaksa akur dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mahu memotong 3 babak daripada filemnya termasuk aksi ranjang Fizz Fairuz dengan pelakon wanita, Wan Sharmila.
Faizul berkata dia bernasib baik kerana babak yang dipotong LPF itu tidak mengganggu keseluruhan kronologi cerita asal Bisikan Syaitan.
“Sebenarnya ada 3 babak yang tidak diluluskan LPF, mereka mahu ianya dipotong supaya filem ini tidak nampak terlalu ekstream dan ganas. Tiga babak itu adalah aksi ranjang Fizz Fairuz atas katil dengan pelakon wanita, babak Wan Sharmila ditikam bertubi-tubi oleh Fizz dan babak Fizz menendang bertubi-tubi perut Fiza (bekas anggota Elite).




“Saya akur dengan pemotongan itu kerana setakat ini ia tidak mengganggu keseluruhan kornologi cerita asal Bisikan Syaitan,” katanya kepada murai.com.my ketika sidang media prebiu filem Bisikan Syaitan di e@Curve Damansara, petang semalam.
Filem yang dibintangi oleh Fizz, Nabila Huda, Wan Sharmila, Fiza Elite dan Azam Pitt itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia termasuk Brunei mulai 2 Mei iaitu esok hari.
Sementara itu, Fizz yang diminta mengulas lanjut mengenai aksi ranjang yang dilakonkan di dalam filem itu berkata dia terpaksa membuang rasa malu kerana pertama kali melakonkan babak intim.

gambar+bisikan+syaitan Aksi Romen Nabila Huda Dipotong LPF
“Saya sahut cabaran untuk melakukan babak intim ini kerana bagi saya sebagai pelakon saya perlu mempelbagaikan watak saya. Malah saya terpaksa membuang rasa malu dan segan untuk melakukan babak intim ini bersama 3 pelakon wanita iaitu Nabila Huda, Wan Sharmila dan Fiza Elite.
“Walau bagaimanapun saya terpaksa bersikap profesional dan melakukannya atas dasar kerja.
Bisikan Syaitan mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapat kesenangan hidup.
Mereka kemudiannya hidup dengan hidup serba mewah hasil daripada perjanjian itu. Namun segalanya bertukar menjadi proak pernada apabila Soraya ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian mereka muali terbongkar apabila seluruh keluarga Kamil diganggu mahluk ghaib.
Bagaimana kesudahannya? Saksikan filem terbitan Lightbulb Pictures dan edaran Grand Brilliance ini di pawagam bermula esok hari (2 Mei)-murai.com.my

8 comments:

  1. Dah xingat agama da mereka mereka ni..

    ReplyDelete
  2. jwb laa dpn tuhan nty

    ReplyDelete
  3. mampooosss la,alasan mengikut kehendak skrip dn jalan cerita.kehendak Allah dn agama diketepikan terus....jwb la dlm kubur nti,dgn malaikat dgn Allah.

    ReplyDelete
  4. zaman skrg para artis sngop berlakon pe je , asal kn dpt pe yg dowg nk , duit duit duit !!!!!!

    ReplyDelete
  5. jgn nak judge org guna agama . tgk diri sendiri dulu sebelum mengata org lain .

    ReplyDelete
  6. bia la diorang nk nsihat.yg ko tu nk skong artis apehal bro?
    dah xigt Allah k?

    ReplyDelete
  7. sudah la....jg kerana artis kita sesama kita bertegang urat plk.....drg dpt duit!!! kita ape dpt????relex bro.....

    ReplyDelete
  8. Ingat setiap apa yg kita buat atas dunia ni, akan di tanya oleh allah di akhirat kelak . time tu dah tak boleh nak bg alasan dekat allah mcm mana kau bg alasan dkt manusia. allah bg akal kita fikir lah mana yg baik mana yg buruk.

    ReplyDelete

Fuh Fanas