Thursday, 31 January 2013

11 GAMBAR) Apek Dan Leuniey Selepas Bergelar Suami Isteri

Kalau tak silap, sudah lebih sebulan Apek dan Leuniey bergelar suami isteri. Pastinya masih dalam fasa berbulan madu. Abang Nara suka skodeng gambar-gambar mereka berdua kerana keromantisan yang dipaparkan.




Boleh tahan kelakar dan gila-gila jugak posing pasangan suami isteri. Jelas terserlah kebahagiaan mereka. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Pastinya ramai yang mendoakan agar mereka berdua cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Confirm comel!!!




9 lagi gambar Apek dan Leuniey selepas bergelar suami isteri dengan membaca entri ini sepenuhnya.



















Monday, 28 January 2013

WTF : [Video] Lelaki Membunuh Seekor Ayam Dan Menghidupkannya Semula

Mereka digelar pawang hitam. Kenapa? Tengok lah video..




Kredit: Penpatah.blogspot.com

9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya

Kali ni aku nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam aku kan? Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni ye;

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

P/s: Semoga bermanfaat kepada korang. >.<
Sumber: penmerah

Seekor Lagi Bujang Senang Diburu


Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) memburu seekor lagi buaya selepas berjaya menangkap Bujang Selang di Sungai Teruntum, Kampung Selang, Telaga Air, di sini, kelmarin.

Reptilia yang digelar Bujang Selang oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng itu kini ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, semalam.

Buaya tembaga jantan yang berukuran hampir lima meter dengan berat 620 kilogram itu dipercayai berusia lebih 80 tahun itu memasuki perangkap khas kira-kira jam 2.30 petang kelmarin dan dibawa ke tebing sungai sebelum dibawa menaiki lori ke Pusat Hidupan Liar, kira-kira lapan kilometer dari kawasan berkenaan.

Jurucakap SFC berkata, pihaknya kini menumpukan usaha memburu seekor lagi buaya dari spesies sama dipercayai berukuran dua kali ganda lebih besar daripada Bujang Selang.

Katanya, mengikut laporan daripada penduduk berhampiran dan siasatan yang dijalankan, ada seekor lagi buaya yang sering muncul di permukaan sungai itu sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Buaya yang dipercayai sering muncul di Sungai Teruntum itu mengalami sedikit kecederaan pada mulut ketika cuba melepaskan diri.

“Biarpun sebelum ini hanya ada satu aduan mengenai reptilia itu, kami tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengesan dan menangkapnya bagi mengelakkan ia terus mengganggu penduduk kampung,” katanya ketika ditemui, semalam.

Proses pemindahan Bujang Selang terpaksa menggunakan tenaga 10 lelaki dan mengambil masa hampir tiga jam kerana saiznya yang besar.

Semalam, Harian Metro melaporkan seekor buaya dianggarkan dengan berat kira-kira 600 kilogram selepas reptilia ganas itu membaham anjing pengawal rumah rehat Yang Dipertua Negeri di Telaga Air.

Buaya yang berjaya diperangkap itu adalah daripada spesies ‘crocodylus porosus’ atau buaya air masin yang terkenal sebagai paling ganas.

Sumber: Hmetro.com.my

Rahsia Bertudung


Karima Burns di dalam artikelnya The Science Behind The Veilmenyatakan:

`Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus dpd tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala. Justru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yg lain. Menutup kepala juga bermenafaat di musim panas. V.G.ROCINE, seorang pakar otak , mengatakan fosforus otak menjadi cair pd suhu 108 darjah F. Ini berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala! Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif.'

Firman ALLAH (mafhum):
`Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman , supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)...........
59: AL-AHZAB

Pakej Akad Nikah di Thailand Guna Internet



Pakej Akad Nikah di Thailand Guna Internet : Terbaru, urusan lebih mudah apabila terdapat pakej akad nikah di Thailand guna internet.

Dengan harga serendah RM1,250, para lelaki yang ingin bernikah di Thailand semakin mudah apabila 10 laman web dikesan menawarkan perkhidmatan pakej nikah di Tahiland guna internet.



Antara yang di tawarkan di dalam Pakej Akad Nikah di Thailand ini ialah,

Pengangkutan Percuma dari Bukit Kayu Hitam atau Hatyai Airport.
Pengangkutan Percuma semasa berada di Thailand yang berkaitan dengan urusan nikah kahwin dan konsulat (2 hari).
Pengangkutan percuma dari airport Hatyai ke Majlis Agama Islam dan tempat penginapan.
Makan tengah hari atau makan petang percuma (2 hari).
Penginapan/hotel percuma (satu malam) di hotel bertaraf 3 bintang yang terpilih.
Bayaran kepada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
Bayaran kepada Kadi dan Saksi.
Bayaran kepada Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
Bayaran fotostat dokumen.
Percuma – Nota Panduan mendaftar pernikahan semula di Malaysia (CD)
Percuma – Gambar dan video clip majlis akad nikah..



Hisham (bukan nama sebenar), merupakan seorang agen bagi pakej yang ditawarkan ini berkata, mereka mula menawarkan pakej itu sejak beberapa tahun lalu dengan mengiklankan perkhidmatannya menerusi internet.

Hisham turt menambah, secara purata dia berjaya menguruskan 30 pasangan setahun ke Selatan Thailand dan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap pasangan.





Bayaran yang mereka kena ini cukup murah jika hendak dibandingkan dengan ejen lain yang mengenakan bayaran sehingga lebih RM4,000,” sahutnya.

Hisham juga mengakui yang beliau sering dilemparkan kata sinis dan kasar menerusi komen dalam Facebooknya terutama oleh kaum wanita, namun itu tidak pernah menghalangnya untuk terus menawarkan perkhidmatan itu.




Apa yang penting kata Hisyam ialah, apa yang dilakukannya bertujuan ikhlas dan mahu mengelak orang Islam dari terus terjebak dengan maksiat.

“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” katanya.

Beliau yang turut yang berkahwin dengan wanita warga Thailand dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu berkata, kebanyakan pasangan mendapatkan perkhidmatannya berusia 35 hingga 50 tahun atas tujuan berpoligami, termasuk golongan profesional berpangkat seperti Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Namun begitu, menurut yang tertulis [lihat printscreen di atas] di laman web tersebut, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.

Menurut mereka, ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.

Kredit: forblogget.net

(11 GAMBAR)Pra Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin Daripada CandidSyndrome


gambar pra perkahwinan liyana jasmay
Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi majlis pernikahan antara Liyana Jasmay dan Fathuddin akan berlangsung. Gambar-gambar pra perkahwinan ini telah dirakamkan di Hyatt Regency Kuantan Resort pada hari Isnin minggu lepas. Memang tempatnya sangat cantik dan sesuai untuk photoshoot sebegini.
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
Kepada Liyana Jasmay dan Fathuddin, semoga persiapan untuk hari bahagia anda berjalan dengan lancar. 9 lagi gambar pra perkahwinan mereka berdua dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Saiful Nang dan CandidSyndrome.

P.S: Sharifah Zohra Jabeen memaafkan mahasiswa UUM.
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
gambar pra perkahwinan liyana jasmay
Kredit: beautifulnara

Sunday, 27 January 2013

Disaman Kerana Ugut Mahu Sebar Gambar Bogel Isteri


 

Kuwait – Seorang lelaki Kuwait berdepan saman daripada isterinya selepas dia mengancam untuk memuat naik gambar bogel isterinya di dalam Facebook dan Twitter selepas kedua-dua mereka bergaduh.

Selepas mendapat ancaman berkenaan, isterinya telah memaklumkan kepada anggota keluarganya mengenai ancaman tersebut.

Kakak wanita itu kemudiannya cuba menyelesaikan konflik berkenaan dan menjadi orang tengah dalam pergaduhan berkenaan.

Malangnya dia juga menerima ancaman sama daripada lelaki berkenaan.

Melihat keadaan itu, kakak wanita tersebut terpaksa mendapatkan bantuan undang-undang.

Dia kemudiannya membuat laporan di balai polis.

Lelaki itu kini disaman kerana menggunakan telekomunikasi untuk menceroboh hak asasi individu lain.

Kredit: Mynewshub.my

WTF : Gadis Akan Bersetubuh Dengan Lelaki Ini Kalau Dapat Sejuta 'Likes' Di FB (2 Gambar)

Seorang lelaki Norwy telah diberi satu cabaran yang tak akan dilupainya kerana teman wanitanya berjanji untuk bersetubuh dengannya kalau dapat 1,000,000 Likes untuk gambar mereka dalam FB. Cabaran itu berakhir hanya dalam 18 jam di mana titik sejuta Likes itu telah menjelma.

#Untung la... Amerika, apa kesah kan.





Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^




Kredit: Penpatah.blogspot.com

Saturday, 26 January 2013

Senarai 8 Wanita Yang Menjual Dara Mereka


Berikut adalah senarai lapan wanita yang diketahui menjual keperawanan mereka secara terbuka. Sebahagian besar daripada mereka berbuat demikian untuk mencari wang bagi melanjutkan pelajaran.

Catarina Migliorini berumur 20 tahun ketika menjual daranya kepada seorang jutawan Jepun. Dia berasal dari Brazil dan mendapat bayaran lebih RM2 juta.
JD2
Natalie Dylan merupakan seorang pemegang ijazah dalam bidang Pengajian Wanita dari Universiti Sacramento State. Pada asalnya, wujud khabar angin daranya mencapai nilai ‘bidaan’ RM11 juta namun menurut pihak yang menguruskannya, urusniaga itu tidak pernah menjadi realiti. Natalie bagaimanapun tetap membawa pulang hampir RM750,000.
JD3
Seorang gadis dari New Zealand menggunakan nama ‘Ungirl” mengikuti jejak Natalie Dylan. Dia menerima 1,200 bidaan dan berakhir dengan dia menerima tawaran bernilai hampir RM100,000.
“Jumlah itu jauh lebih banyak daripada apa yang saya impikan,” wanita itu dilaporkan berkata.
JD4
Alina Percea yang berasal dari Romania mendakwa menjual daranya untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengkomputeran. Seorang usahawan Itali membayar RM52,000 untuk dara gadis manis itu.
JD5
Tidak ketinggalan dalam perdagangan dara adalah Rosie Reid, seorang remaja lesbian yang berumur 18 tahun. Dia menjual daranya untuk meneruskan pelajaran ke Bristol University. Selepas 2,000 bidaan, seorang jurutera berusia 44 tahun yang juga duda anak dua berjaya memperoleh habuannya.
Rosie dilaporkan menyesal dengan tindakannya itu. Selepas daranya hilab, dia dan teman lesbian, Jess Cameron menangis berhari-hari. AMARAN: Dara yang sudah dijual tidak akan dikembalikan.
JD6
Rafella Fica…Fuhhhh… Model bikini dan bintang program realiti berusia 20 tahun hanya bersedia memberikan daranya melalui kemasyhuran dan kekayaan. Dia hanya bersetuju untuk menurunkan seluar dalamnya jika ada lelaki yang sudi membayar RM5.1 juta. Katanya, dia mahu menggunakan wang berkenaan untuk membeli sebuah rumah dan mengikuti kelas lakonan.
JD7
Graciela Yataco adalah wanita yang bertanggungjawab memulakan trend menjual dara. Pada tahun 2005 ketika berusia 18 tahun, Graciela Yataco, seorang model di Peru tidaklah terlalu menyerlah. Ketika itu, dia terpaksa menangung perbelanjaan perubatan ibunya dan yuran adik lelakinya. Dia menerima tawaran RM4.5 juta daripada seorang lelaki Kanada. Namun, kutukan dan email hinaan yang diterima dari masyarakat negaranya menyebabkan Graciela membatalkan hasratnya pada saat-saat terakhir.
JD8
The Gumtree Girl – Seorang gadis Sekolah Katolik Irish berusia 16 tahun mengiklankan dirinya di laman web Gumtree. Seorang wartawan berjaya membida sehingga harga RM30,000. Tujuan wartawan berkenaan adalah untuk memastikan kesahihan identiti The Gumtree Girl. Apabila mereka bertemu, memang terbukti The Gumtree Girl adalah seorag budak sekolah berumur 16 tahun. Pelajar itu bagaimanapun menarik diri dan berkata tindakannya itu hanyalah satu lawak jenaka apabila wartawan berkenaan mendedahkan identiti dirinya.
(Sumber: The Frisky)
Kredit: mynewshub.my

Friday, 25 January 2013

(9 Gambar) Comel Bayi Nabil Yang Berusia 2 Bulan



Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Nabil Ahmad, akhirnya telah sudi berkongsi beberapa gambar comel bayi perempuannya yang menjadi pelengkap kehidupan bersama isteri tercinta, Nazirah Ayub. Bayi Nabil yang diberi nama Naira Mikayla kelihatan begitu sihat dan terjaga serta membesar dengan begitu sempurna. Jom tengok beberapa gambar bayi perempuan Nabil yang baru berusia dua bulan. Ohbulan & Twitter








Fuh Fanas