Pakej Akad Nikah di Thailand Guna Internet : Terbaru, urusan lebih mudah apabila terdapat pakej akad nikah di Thailand guna internet.
Dengan harga serendah RM1,250, para lelaki yang ingin bernikah di Thailand semakin mudah apabila 10 laman web dikesan menawarkan perkhidmatan pakej nikah di Tahiland guna internet.
Antara yang di tawarkan di dalam Pakej Akad Nikah di Thailand ini ialah,
Pengangkutan Percuma dari Bukit Kayu Hitam atau Hatyai Airport.
Pengangkutan Percuma semasa berada di Thailand yang berkaitan dengan urusan nikah kahwin dan konsulat (2 hari).
Pengangkutan percuma dari airport Hatyai ke Majlis Agama Islam dan tempat penginapan.
Makan tengah hari atau makan petang percuma (2 hari).
Penginapan/hotel percuma (satu malam) di hotel bertaraf 3 bintang yang terpilih.
Bayaran kepada Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
Bayaran kepada Kadi dan Saksi.
Bayaran kepada Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
Bayaran fotostat dokumen.
Percuma – Nota Panduan mendaftar pernikahan semula di Malaysia (CD)
Percuma – Gambar dan video clip majlis akad nikah..
Hisham (bukan nama sebenar), merupakan seorang agen bagi pakej yang ditawarkan ini berkata, mereka mula menawarkan pakej itu sejak beberapa tahun lalu dengan mengiklankan perkhidmatannya menerusi internet.
Hisham turt menambah, secara purata dia berjaya menguruskan 30 pasangan setahun ke Selatan Thailand dan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap pasangan.
Bayaran yang mereka kena ini cukup murah jika hendak dibandingkan dengan ejen lain yang mengenakan bayaran sehingga lebih RM4,000,” sahutnya.
Hisham juga mengakui yang beliau sering dilemparkan kata sinis dan kasar menerusi komen dalam Facebooknya terutama oleh kaum wanita, namun itu tidak pernah menghalangnya untuk terus menawarkan perkhidmatan itu.
Apa yang penting kata Hisyam ialah, apa yang dilakukannya bertujuan ikhlas dan mahu mengelak orang Islam dari terus terjebak dengan maksiat.
“Saya bukan berniat menggalakkan masyarakat kita berkahwin di negara jiran dan melanggar peraturan negara ini, namun ia satu cara mengelakkan mereka melakukan maksiat,” katanya.
Beliau yang turut yang berkahwin dengan wanita warga Thailand dan mempunyai tiga anak hasil perkahwinan itu berkata, kebanyakan pasangan mendapatkan perkhidmatannya berusia 35 hingga 50 tahun atas tujuan berpoligami, termasuk golongan profesional berpangkat seperti Datuk, artis dan penuntut institusi pengajian tinggi.
Namun begitu, menurut yang tertulis [lihat printscreen di atas] di laman web tersebut, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.
Menurut mereka, ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.
Kredit: forblogget.net
No comments:
Post a Comment