Monday, 31 December 2012

Wanita Umur 20 Memiliki Anak 18 Tahun


Ma Seung-Gi dari Korea, wanita ini berusia 45 tahun dan merupakan salah satu peserta Peraduan SBS Dongan tahun lepas (satu pertandingan untuk orang-orang yang kelihatan muda daripada umur sebenar). Ma Seung-Gi mempunyai anak lelaki berusia 18 tahun dan seorang anak perempuan.


(atas) Gambar Ma ketika menyertai Peraduan SBS Dongan

Bersama anak gadisnya - hehe macam kembar pula

Sumber



Pelakon & Model Kena Tangkap Angkara Dadah

Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya pada Harian Metro.

Wah siapakah artis itu…macam dapat agak je…tapi tak mengapalah.

Biar polis jalankan siasatan mereka, kalau benar terbukti, tunggu jelah berita dari mahkamah nanti!



Pertandingan Ratu Cantik Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Di China

Memang China ini pelik dan berani memcuba sesuatu yang baru walaupun tidak sesuai. Antaranya adalah pertandingan ratu cantik untuk pelajar sekolah menengah bagi peringkat kebangsaan. Pelajar ini dikehendaki melakukan pelbagai benda termasuk memakai pakaian yang ketat. Memang tidak sesuai untuk pelajar bawah umur ini.















Nasha Aziz Berpelukan Di Public


Nama pelakon dan model cantik ini agak jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Kalau ada pun, cerita itu akan berhenti setakat di situ saja kerana Nasha Aziz, 41, sememangnya tidak gemar untuk memberi komen berlebihan mengenai status percintaannya.

Selepas pelakon kacak, Hans Isaac dikaitkan dengannya, nama seorang jejaka Nur Iman Tang pula muncul. Namun, Nasha mengakui yang perhubungan itu sudah menemui titik noktah.

Terbaru, sebuah blog hiburan telah memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kemesraan diantara Nasha Aziz dengan seorang jejaka yang agak tidak dikenali.

Memetik laporan blog berkenaan, gambar berkenaan dirakamkan semasa Nasha menghadiri konsert Blackberry Music Mania di Stadium Melawati, Shah Alam, pada malam tadi sempena sambutan tahun baru.

Tidak pasti pula lelaki didalam gambar itu adalah kenalan rapatnya, kekasih ataupun suaminya.

Ini kerana, walaupun banyak mata yang memandang, tetapi mereka seolah-olah tidak mempedulikannya.

Mungkin mereka berani buat begitu sebab mereka ada ikatan yang sah. Siapa tahu bukan?


Namun, aksi mereka yang berpeluk sakan itu tidak wajarlah dipertontonkan kepada orang ramai. Lagi-lagi Nasha adalah seorang ‘public figure’.

Jika benar lelaki itu adalah suami Nasha, semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat diucapkan.

Tetapi jika bukan atau nanti Nasha akan kata wanita itu bukan dirinya dan hanya pelanduk dua serupa, nampaknya banyak mata yang melihat aksi mereka itu dah tersalah anggap la ye.


Gadis Muda Yang Cantik Jadi Peninju

Bila kita terfikirkan kerjaya seseorang yang menjadi ahli peninju, bayangan kita terus terfikirkan yang fizikal badan ahli peninju itu sangat besar dan mempunyai otot yang sangat kental.

Lebih-lebih lagi ahli gusti yang berjantina lelaki.

Jarang kita dapat melihat ahli peninju wanita beraksi di gelanggang gusti atau pun dalam pertandingan gusti di kaca televisyen.

Tetapi, tidak mustahil buat Tran Thi Kin Ngan, gadis yang baru berusia 15 tahun dari Vietnam.

Walaupun masih lagi muda dan bersekolah, Tran berjaya mematahkan persepsi masyarakat tentang ahli peninju.

Untuk rekod sepanjang kehidupannya, dia sangat aktif dalam bidang sukan dan pernah memenangi Kejuaraan Nasional untuk acara renang dan senam robik.

Selepas itu, Tran menjinakkan diri ke dalam acara gusti pula.

Memiliki tenaga dan ketangkasan yang tinggi setiap kali beraksi di gelanggang gusti, setiap aksinya pasti akan memukau perhatian penonton lebih-lebih lagi kaum lelaki.

Tran dikhabarkan bakal dinobatkan sebagai Peninju Wanita Termuda dan Peninju Tercantik Vietnam pada tahun 2013 nanti.

Wah! Hebat!


12
13
14
15


Apa Khabar ‘Mama’ Fasha?

Lama tak dengar khabar Fasha Sandha yang rasanya dah enam bulan mengandung hasil perkahwinannya dengan Jejai.

Bagi melepaskan rindu para peminatnya, berikut adalah gambar terkini pelakon popular itu.

Nampaknya, Fasha masih ‘maintain’ comel dan anggun macam dulu lagi.

Tapi biasalah, adalah sikit ‘tembam’ di sana sini, nak bergelar mamalah katakan.

Semoga mereka berdua dikurniakan anak yang comel, yang taat pada agama dan ibu bapanya. Amin…..



fashasandhabulat1
fashasandhabulat2
fashasandhabulat4
fashasandhabulat5
fashasandhabulat6



Shila Amzah Dikecam Kerana Sebijik Burger McDonalds!


Penyanyi yang sedang namanya meningkat naik di persada antarabangsa, Shila Amzah telah dihentam teruk di laman Facebooknya gara-gara telah memuatnaik gambar sedang memegang bungkusan burger McDonalds (McD).

Walaupun gambarnya itu tidak menunjukkan sama ada dia makan atau tidak, tetapi dengan memuatnaik foto itu ia telah mengundang marah terutamanya dari kalangan peminatnya.

Apa yang membuatkan mereka marah adalah kerana baru-baru ini, Shila baru sahaja membuat persembahan amal untuk Palestin.

Tetapi melalui gambar itu, peminat mengatakan tindakan Shila menyokong McDonalds adalah seperti bersekongkol dengan pihak Yahudi dalam menindas rakyat Palestin.

Kasihan Shila sampai begitu sekali orang menuduhnya.

Di dalam hal ini, tidak ada bukti yang mendakwa McDonalds Malaysia menyumbang kepada pendapatan pihak Yahudi.

Jadi, makan atau tidak ia terpulang kepada hak individu.

Tetapi biasalah, jika ia melibatkan artis pastilah akan dicanang seluruh dunia!

Namun, tak apalah peminat sekadar mahu menegur. Harap selepas ini Shila akan lebih berhati-hati..

Berikut adalah diantara komen-komen yang ada di Facebook milik Shilla.



shilla

shilla1

shilla3

shilla4








Pelik! Ritual Mandi Air Liur Di India


Ritual kuno berumur ratusan tahun di India ini telah mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi.

Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit.

Yang uniknya, meskipun ritual ini ditentang oleh banyak pihak, namun masih ada segenlintir masyarakat yang masih mengamalkan ritual ini sehingga kini!

Ritual ini dinamakan Made Sanana yang bermaksud mandi ludah.

Ia diadakan ketika perayaan rutin di kuil berumur 4000 tahun iaitu Kuil Subramanya. Ia turut dilakukan di Kuil Sri Krishna.

Para Dalit (sebutan untuk kasta paling rendah) akan berguling pada sisa makanan yang dimakan Brahmana (sebutan untuk kasta paling tinggi).

Dengan berguling pada makanan tersebut, kesemua kesusahan dan penyakit akan hilang dan sembuh.

Jika memang menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menuntup hospital dan badan kesihatan lain.

Ritual ini sebenarnya dianggap paling menjijikkan dan tidak berilmiah!

Beberapa pihak yakin, terdapat kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual berkenaan sehingga ada yang yakin ia benar-benar menyembuhkan penyakit dan dapat menyelesaikan masalah mereka.

Lihat gambar-gambar ini…


12

13

14



Sunday, 30 December 2012

Lelaki Tonton Video Lucah Gagal Masuk Ke Masjidil Haram


Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din

Sumber: tuudia.com

Untung Ada Sugar Daddy Kaya

Seorang gadis di China menunjukkan hadiah hari lahir beliau yang ke-21di laman sosial Weibo. Hadiah yang diterima beliau dari bapa gla-gulanya memang unik dan at the same time sangat menjengkelkan. Tapi kami yakin kesemua gold digger di Malaysia pastinya mahukan bapa gula-gula seperti yang dimiliki gadis ini. Untunglah sugar daddy kaya!

Gadis ini menerima sepersalinan baju yang diperbuat dari wang bernilai Yuan 200 000 (RM 98 000). Gambar ini dipaparkan pada laman Weibo beliau dan akibatnya beliau ditempelak sebagai wanita tak malu kerana ada bapa gula-gula dan menunjuk-nunjuk!




Neelofa Suka Makan Budu


Soalan Sensasi yang telah lama diajukan kepada Neelofa akhirnya terjawab.
Neelofa menjawab dengan tegas soalan yang diajukan dari seorang peminatnya. Jawapan dari Neelofa itu menerima banyak reaksi dari orang ramai.
Namun ia adalah tindakan terbaik dari tidak menjawab langsung. Aku percaya dan langsung tak terkejut dengan jawapan diberikan Neelofa, tapi sesiapa saja boleh menjawab, namun kebenaran disebaliknya, siapa yang tahu.




Saturday, 29 December 2012

Neelofa yang cun macam pelakon Korea

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 diPasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Ayahnya berketurunan Melayu dan ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Dia merupakan juara Dewi Remaja 2010. Pendidikannya ialah Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor.

Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura (versi baru), Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.












Miss A's Suzy (K-pop) Telah "Dirogol' Dalam Satu Gambar Di Twitter

Penyanyi yang baru menerima 2 anugerah semasa malam anugerah KBS baru-baru ini telah diancam secara seksual oleh seorang lelaki dalam gambar yang dimuat naiknya ke dalam Twitter. Lelaki tersebut mengambil gambar dia tengah 'merogol' Suzy. Kini pihak syarikat Suzy, JYP tengah mengambil tindakan untuk mencari lelaki tersebut serta menghukumnya. Ini kerana mereka takut perkara ini akan melemahkan semangat Suzy yang masih lagi di bangku sekolah menengah.

#Suzy takpe asalkan jangan Lizzy XD








Fuh Fanas