Karya seni seringkali mengundang pro-kontra ianya bersifat subjektif. Demikianlah halnya yang dialami oleh Soraya Graham.
Beliau telah mengambil gambar seorang gadis yang memakai hijab sambil sedang memegang bra yang telah dicuci disebuah kedai dobi. Foto hitam putih itu telah diprotes keras oleh pelajar-pelajar muslim di kampus di Kanada.
Wanita berhijab tersebut sebenarnya adalah rakam sebiliknya di Universiti Thompson Rivers, Kamloops Twon, Kanada. Graham juga adalah adalah seorang muslim. Mahasiswa jurusan seni itu mengaku ingin menggambarkan seorang Muslimah yang juga seorang manusia juga punya hak mengenakan bra.
Karyanya yang juga tugasan salah subjek yang dipelajarinya telah dipamirkan di lobi kampus.
Rupa-rupanya, tindakan beliau tidak dapat diterima ramai pihak. Foto provokatif tersebut telah tersebar ke seluruh kampus lain hingga mengundang kemarahan pelahar muslim yang lain. Mereka berhimpun untuk mendesak permohonan maaf dari Graham.
Muslimah yang berasal dari Kanada itu berasa hairan mengapa fotonya dianggap provokatif. "Setahu saya, foto saya tidak menyinggung mana-mana orang secara khusus, dan lagi, negara ini juga mengamalkan kebebasan berekspresi asalkan tidak menjatuhkan maruah orang lain," ujar Graham.
No comments:
Post a Comment