Monday, 31 December 2012

Shila Amzah Dikecam Kerana Sebijik Burger McDonalds!


Penyanyi yang sedang namanya meningkat naik di persada antarabangsa, Shila Amzah telah dihentam teruk di laman Facebooknya gara-gara telah memuatnaik gambar sedang memegang bungkusan burger McDonalds (McD).

Walaupun gambarnya itu tidak menunjukkan sama ada dia makan atau tidak, tetapi dengan memuatnaik foto itu ia telah mengundang marah terutamanya dari kalangan peminatnya.

Apa yang membuatkan mereka marah adalah kerana baru-baru ini, Shila baru sahaja membuat persembahan amal untuk Palestin.

Tetapi melalui gambar itu, peminat mengatakan tindakan Shila menyokong McDonalds adalah seperti bersekongkol dengan pihak Yahudi dalam menindas rakyat Palestin.

Kasihan Shila sampai begitu sekali orang menuduhnya.

Di dalam hal ini, tidak ada bukti yang mendakwa McDonalds Malaysia menyumbang kepada pendapatan pihak Yahudi.

Jadi, makan atau tidak ia terpulang kepada hak individu.

Tetapi biasalah, jika ia melibatkan artis pastilah akan dicanang seluruh dunia!

Namun, tak apalah peminat sekadar mahu menegur. Harap selepas ini Shila akan lebih berhati-hati..

Berikut adalah diantara komen-komen yang ada di Facebook milik Shilla.



shilla

shilla1

shilla3

shilla4








3 comments:

  1. Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
    memang boikot tak nmpk kesannya dimata kita tp bgi ekonomi israil ada kesannya dia org tak takut dgn demonstrasi kita tp takut dgn boikot produk mereka.Fikirkanlah satu barang yg kita beli kita telah mendermakan satu btr peluru utk di lepaskan utk saudara kita disana.FREEDOM FOR PALESTINE....wassalam

    ReplyDelete
  2. Bodoh je. Kita bukan niat nak sokong. nak makan je. Pikir lah sial

    ReplyDelete

Fuh Fanas