Sunday, 23 December 2012

Parti Wajib Pakai Bikini - Panas!!



PORT DICKSON: Sekumpulan muda-mudi dipercayai kebanyakannya Melayu dan beragama Islam tidak sempat berhibur dalam pesta liar di pantai Batu 2, berhampiran sebuah hotel, di sini, tengah malam kelmarin, apabila menyedari kehadiran polis.

Pesta itu dikatakan bermula seawal jam 6 petang kelmarin dan sepatutnya berakhir awal pagi, semalam, tetapi kumpulan seramai 30 orang itu bersurai secara berperingkat menjelang tengah malam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, beliau difahamkan penganjur menyasarkan lebih 100 orang berusia 20 tahun sehingga 25 tahun hadir, namun mereka bersurai sebelum pihaknya mengadakan serbuan.

Beliau berkata, pada mulanya penganjur menyatakan mahu mengadakan parti hari jadi, namun pada saat akhir mereka menjual tiket pesta liar itu yang turut menyediakan persembahan muzik raggae dan juruhebah (DJ) popular.

“Mereka (penganjur) datang dari ibu kota dan hanya membuka keahlian untuk menyertai pesta ini kepada ahli yang mendaftar saja. Untuk menyertainya, penganjur mengenakan syarat peserta lelaki memakai seluar pendek, manakala perempuan memakai bikini.

Metro

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas