Sunday, 23 December 2012

Datuk Nik Aziz Tak Jadi Nikahkan Apek dan Leuniey



Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membatalkan undangan sebagai jurunikah kepada pasangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, dan Leuniey Natasha Nazri, 21, dijadualkan Jumaat ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu disebabkan Nik Aziz perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.

Menurutnya, susulan mesyuarat itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas terpaksa membatalkan semua programnya pada hari berkenaan termasuk kuliah Jumaat.

“Menteri Besar mendapat surat berhubung mesyuarat berkenaan dan disebabkan itu, semua programnya pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.

“Beliau meminta maaf tidak dapat memenuhi undangan keluarga pengantin kerana mesyuarat itu amat penting untuk pengampunan banduan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mengikut jadual, pasangan itu akan dinikahkan di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, jam 10 pagi.

Tiga majlis resepsi akan diadakan dengan majlis persandingan pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.

Resepsi di pihak Apek pula berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Cherang pada 5 Januari depan.

Pasangan itu turut memilih 13 Januari depan untuk mengadakan majlis resepsi ketiga.

Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan terbabit akan dinikahkan Nik Aziz apabila Menteri Besar menyatakan persetujuannya selepas mendapat permohonan daripada keluarga Leuniey dan Apek.

Sementara ibu Leuniey, Norlaila Abu Bakar, 40, berkata dia sudah dimaklumkan perkara itu sejak minggu lalu lagi.

Katanya, pihak keluarga mendapatkan khidmat imam Masjid Taman SBJ untuk menyempurnakan majlis akad nikah berkenaan.

“Kami dimaklumkan mengenai pembatalan undangan itu dan memahami kesibukan Menteri Besar dan pernikahan anak saya dengan Apek akan dilakukan imam, Jumaat ini,” katanya.

metro

5 comments:

  1. hebahan semate2 je ni...xleh cayer..

    ReplyDelete
  2. What's up Dear, are you actually visiting this web site on a regular basis, if so then you will without doubt get good know-how.
    My website ... payday loans by phone

    ReplyDelete
  3. I go to see day-to-day a few blogs and websites to read articles,
    except this blog presents feature based writing.



    Here is my page - visit web site

    ReplyDelete

Fuh Fanas