Thursday 27 December 2012

Liyana Jasmay Tolak Tajaan Kahwin



Liyana Jasmay lebih selesa menguruskan persiapan majlis perkahwinannya dengan tunang, Fathuddin Mazlan sendiri tanpa menggunakan sebarang khidmat tajaan.

Liyana kini sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari tahun hadapan.

Justeru, Liyana mengakui menerima banyak tajaan untuk menaja majlisnya itu nanti tetapi dia mahu merasai istimewa setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan kelangsungan majlis bahagianya itu nanti.
“Saya bukan tidak mahu ditaja tetapi untuk hari perkahwinan, rasanya ia jadi lebih manis jika memori itu disimpan dan hanya dimiliki oleh saya.

“Jika saya menerima tajaan contohnya untuk video dan gambar, pihak yang menaja juga berhak ke atasnya. Saya rasa kurang special kalau macam tu,

“Perkahwinan saya adalah semua tentang diri saya. Syukurlah saya mempunyai ahli keluarga yang sangat mengambil berat dari semua segi dan tahu semua keinginan saya. Jadi saya tidak perlu risau atau terlalu berfikir mengenai kelancaran hari tersebut,” katanya Liyana. -sumber

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas