Monday 24 December 2012

Imej Rambut Terbaru Hafiz AF



Wah bukan main lagi kacak si Hafiz AF ni. Dengan imej dan potongan rambutnya yang cukup metro gitu. Memang tidak dinafikan perubahan imej perlu apa tah lagi bergelar anak seni. Kini dikhabarkan yang Hafiz telah memasarkan albumnya di Indonesia, mengikut jejak langkat Dato' Siti Nurhaliza,

Baguslah macam itu, kami juga menyokong usaha Hafiz tu, di negara orang buatlah sesuatu yang terbaik. Jangan buat hal yang tak baik sudah kan. Apa-apa pun semoga berjaya.

Kata Hafiz yang memetik portal Kosmo!
"Saya masih terlalu baharu, masih kena banyak belajar. Kiranya itu juga satu percubaan besar yang telah saya lakukan. Di Indonesia, saya benar-benar kena bermula dari bawah. Saya kena buat promosi di pusat-pusat beli-belah dan panjat stesen-stesen radio untuk perkenalkan nama saya kepada pendengar di sana.

"Di sana (Indonesia), jika sesebuah lagu daripada pendatang baharu seperti saya ini dapat bertahan di radio selama seminggu pun sudah dikira cukup bagus. Saya sudah sangat bersyukur dan setakat ini ulasan media di sana juga sungguh memberangsangkan. Lagu-lagu di dalam album itu juga sudah boleh dibeli menerusi iTunes," katanya yang baru-baru ini ke Jakarta lagi untuk rakaman klip video terbaharunya, Bahagiamu Deritaku.



Kredit: izyan.com

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas