Saturday, 23 February 2013

Fazura Dilantik Jadi Duta Ubat Gigi




Wajah jelita Fazura sekali lagi menjadi kelebihan buatnya apabila dia kini dilantik menjadi duta jenama ubat gigi, Colgate menerusi produk terbarunya, Optic White.

Sebelum ini pelakon cantik ini pernah menjadi duta produk kecantikan dan penjagaan wajah.

Menerusi Budiey.com, Fazura, 30, menyatakan dia telah menggunakan ubat gigi terbaru itu selama tiga bulan yang lalu iaitu sejak November lalu dan menurutnya ternyata ia berkesan untuk memutikan gigi beliau.

Wah, bertuahnya jadi Fazura kan, semua jenama produk berebut-rebut mahu menjadikannya sebagai duta bagi produk mereka.

Tahun ini juga dilihat Fazura yang juga merupakan pemilik butik House of Doll (HOD) ini bakal membuat ‘comeback’ dalam bidang lakonan apabila dia kini dikhabarkan kembali sibuk berlakon drama.




-mynewshub

Gambar-Gambar Yoona Malaysia yang Comel

Korang kenal tak Yoona SNSD aka Girl Generation iaitu kumpulan k-pop yang meletop-letop dengan kecomelan beliau? Tapi sekarang nie bukan dia yang admin nak diceritakan, tapi awek malaysia yang dikatakan ada mirip dengan muka Yoona tu. Dia nie kalau di skodeng kat twitter beliau, bernama RaBi'atul Afifah @Apple_Effa. Dengar kata aweks nie asal teganu. :D . Oleh kerana ramai blogger yang tulis entry pasal beliau, tak semena-mena followers dia meningkat dengan mendadak, (ite pun pollo jgk, harap dia pollo admin) kihkihh... Nah, kat bawah nie ada serba sedikit gambar dia untuk korang sendiri menilai sama ke tak, iras ke tak, so korang judge la sendiri. Gambar ni admin rembat kat twitter dia. Harap dia tak marah. :)


Yoona SNSD









Almy Nadia tanpa pakai make-up


Jika anda seorang peminat gossip-gossip artis pasti anda sudah sedia maklum tentang kes Amlmy Nadia dan juga Fiz Fairuz yang kini sedang hangat di perkatakan.Jadi hari ini mari kita lupakan Sebentar Gossip mereka jom kita Lihat wajah Sebenar Almy Nadia tanpa Makeup sangat comel 




Fesyen Topeng Pelik Pelajar Jepun Sekarang

Di Jepun, ianya dipanggil Kaopan (kao-muka, pantsu-seluar dalam) dan ini adalah fesyen terkini gadis Jepun.Mereka akan berasa sangat cantik jika berpakaian seperti ini


-ceritaapakah



Neelofa Peluk Mesra seorang lelaki Panass!!


Owh neelofa siapakah pula lelaki ini begitu comel kamu memeluknya sunggu aku berasakan sangat jelezzz owhh my god stresss stresss mcm nih nak update blog pun dah x dak mood

Friday, 22 February 2013

Foto: Adakah Scha Al Yahya Hamil?



Baru-baru ini pelakon dan pengacara jelita, Scha Al Yahya ada berkongsi kepada pihak media dan meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata pertama bersama suami tercinta Awal Ashaari.

Namun begitu menerusi laman Instagram Scha beberapa jam yang lalu, pelakon ini telah berkongsi sekeping gambar, di mana foto tersebut menunjukkan seolah-olah Scha sedang berada dalam keadaan mengandung dan perutnya juga kelihatan sedikit besar.

Menerusi respon para peminat, ramai juga tertanya-tanya benarkah pengacara Muzik Muzik ini sedang hamil atau mungkinkah perutnya kelihatan sedikit mengembang kerana baju yang digayakan oleh Scha sememangnya longgar?


Apa-apa pun hanya tuan punya badan sahaja yang boleh jawab segala persoalan ini.

KREDIT: OHBULAN

Wawa Rindu Keluarga, Berat Badan Menurun




Perubahan fizikal yang dialami oleh pelakon Cinta Qaseh, Wawa Zainal yang kini sedang hangat ditayangkan di Slot Lestary TV3 nampaknya telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya.

Kata Wawa yang dipetik dari Buahmulut, dia jatuh sakit sejak lima bulan lalu kerana terlalu rindukan keluarga yang berada di Sabah.

Jika sebelum ini beratnya 48 kilogram kini ia telah menurun kepada 43 kilogram saja.

“Memang Wawa rindukan sangat dekat keluarga, sebab tu berat badan pun turun hampir 5kg, bila jumpa orang ramai pun diorang perasan yang Wawa dah kurus.

“Buat masa sekarang ni memang tak ada selera nak makan dan dalam keadaan masa sekarang memang rindu dekat masakan emak,” katanya yang mempunyai darah kacukan Sabah dan Filipina.

Ditanya tidakkah putus cinta juga merupakan salah satu faktor yang membuatnya kurus, Wawa pantas menafikan hal tersebut dan mengakui putus cinta bukan sebabnya kenapa dia sakit dan pengalami penurunan berat badan.

-mynewshub

Sewa Paha Untuk Iklan Di Tokyo



Tokyo – Ia negara yang terkenal kerana cara unik untuk mengiklankan produk.

Tetapi, Jepun kini melangkah satu tapak ke depan dengan wanitanya menyewakan paha mereka untuk syarikat memasarkan produk masing-masing dengan kadar bayaran tertentu.

Dengan tanggapan bahawa iklan yang baik perlu diletakkan di tempat orang akan memberikan tumpuan, paha wanita sudah pasti menjadi pilihan paling sesuai.

Dan strategi pemasaran pintar itu sudah terbukti menjana kejayaan.

Setakat November lalu, kira-kira 1,300 wanita muda mendaftarkan paha mereka untuk dijadikan ruang iklan dengan syarikat perhubungan awam, Absolute Territory dan jumlah itu semakin meningkat.

Paha mereka ditampal iklan dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa, memakai skirt pendek dan mempamerkan anggota itu sebaik mungkin.

Selagi iklan itu berada di paha mereka selama lapan jam sehari atau lebih, tugas mereka selesai dan mereka akan dibayar.

Sebagai bukti mereka melakukan tugas berkenaan, peserta perlu memuatnaikkan gambar mereka ‘memakai’ iklan itu pada laman Facebook, Twitter atau laman sosial lain milik mereka.

Dan bukan setakat syarikat pengeluar produk saja mendapatkan khidmat mereka.

Sebuah kumpulan rock, Green Day juga menggunakan khidmat sama untuk mempromosi album baru mereka, !Uno!

Menurut jurucakap Absolute Territory, Eichi Atsumi, garis panduan perlu dipatuhi ialah mereka mendaftar menjadi iklan bergerak itu perlu mempunyai rangkaian 20 atau lebih orang dalam laman sosial dan mereka mesti berusia 18 tahun ke atas. – Daily Mail


Lelaki Thailand Perkosa Wanita Scotland


Polis Thailand berkata, mereka telah menahan seorang lelaki pada Rabu kerana dituduh merogol seorang wanita warga Scotland berusia 20 tahun yang berharap untuk bekerja sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di negara Asia Tenggara.

Suspek yang merupakan rakyat Thailand berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di selatan bandar Nakhon Si Thammarat berdasarkan bukti daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa saksi, kata seorang pegawai.

“Dia (suspek) mendedahkan telah merogol wanita itu sebanyak dua kali,” kata komander polis bandar itu, Kolonel Sompong Thiparpakul yan memberitahu ketika dihubungi.

Tambahnya lagi: “Pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa wanita itu telah dirogol.”

Menurut Sompong, suspek masih ditahan reman di penjara dan jika disabitkan kesalahan, dia akan berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Mangsa memberitahu polis bahawa dia dirogol oleh dua daripada empat lelaki yang menyerangnya selepas meninggalkan sebuah bar di Nakhon Si Thammarat pada Jumaat.

-AFP

Hukum Karma Kerana Khianati Kekasih - Almy Nadia


Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh “memakan diri”.

Almy atau atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, pertunangan sorok-sorok kekasihnya Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak.

"Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya.

"Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur," katanya kepada mStar Online.

Kontroversi mengenai status hubungan antara Almy dan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, tercetus apabila foto majlis pertunangan pemuda itu dengan seorang wanita telah tersebar di Internet.

Bagaimanapun ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang.


Pertunangan Fizz hanya bertahan selama seminggu apabila 
mendapat tahu tunangnya itu merupakan isteri orang.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu.

Sementara itu, ditanya adakah dia ada menghubungi Fizz berhubung perkara itu Almy berkata, dia tidak mahu berbuat demikian kerana enggan mencampuri urusan pemuda itu.

Malah pelakon drama Cermin Kasih Amira (RTM) ini juga tidak menyimpan dendam terhadap Fizz dan sentiasa mendoakan terbaik buat semua orang.

“Saya hanya menerima takdir dengan reda," ujarnya.

-mStar

KES ROGOL: Bukan Saya Menganiaya Penyanyi Mentor Itu, Jelas Keena




KUALA LUMPUR – Tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan.

Bagaimanapun, Keena yang pernah dikhabarkan bercinta dengan Mohd menafikan bahawa dia adalah artis yang dimaksudkan sebagai menganiaya Mohd. Sebaliknya, dia telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di antara dia dengan Mohd.

“Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri dapat tahu kisah ini dengan membaca akhbar. Terus-terang, saya memang berkawan dengan dia dan masih hubungi dia menerusi SMS. Namun, sudah hampir setengah tahun saya tidak berjumpa dengan dia.

“Sejujurnya, saya tidak tahu siapakah artis yang dimaksudkan itu. Apa yang saya tahu, Mohd tidak bersalah dan saya kenal perangai Mohd,” katanya kepada murai.com.my.


Dalam pada itu, Keena yang kini sedang sibuk mengacarakan sebuah program baru di RTM turut memberitahu ada menerima pesanan dari Mohd terhadap kes yang memalukan dirinya itu.

“Mohd tidak ada bercerita panjang dengan saya tentang kes itu. Namun, selepas dua hari kes ini berlaku dan kecoh, saya ada hubunginya. Dia hanya berpesan kepada diri saya bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Sebagai kawan, saya mahu semua orang jangan percaya dengan apa yang terjadi. Saya tahu Mohd seorang yang baik. Dia kena fitnah dan ada orang cuba memesongkan fakta yang terjadi,” jelasnya.

Sementara itu, Keena turut menghadapi masalah apabila dia sering saja diburu seorang lelaki yang sering saja mengekorinya sebaik saja dia tamat penggambaran drama.

“Sebelum saya membuat laporan polis, ada seorang lelaki yang memandu Proton Saga berwarna silver sering saja mengikuti saya. Perkara ini berlaku sejak akhir tahun lalu. Namun, selepas buat laporan polis dan anak buah saya selalu temani saya, ianya sudah tidak berlaku lagi,” ujarnya. – Murai.com.my

Thursday, 21 February 2013

Julia Ziegler Sangkal Dakwaan Sharifah Sakinah



Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang Sharifah Sakinah tidak kisah untuk bekerjasama dengan Julia Ziegler dalam drama atau pun filem jika di’tawarkan oleh mana mana pihak.

Ini lantaran hubungan mereka yang kini telah jernih selepas pasangan selebriti ini di’khabarkan berperang mulut sekitar dua tahun yang lalu.

“Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan kami bertegur sapa. Saya tiada masalah dengannya & tidak menyimpan apa apa dendam,” ujar Sharifah Sakinah baru baru ini.

Namun, lain pulan cerita dari sebelah pihak Julia Ziegler yang secara terang terangan menafikan hubungan beliau dan Sharifah Sakinah telah kembali jernih seperti yang di’dakwa.

Menerusi akaun Twitter beliau, Julia Ziegler menulis,”Sejak bila jernih? Kau buat dosa dgn aku, minta maaf dulu baru boleh jernih” & menujukan tulisan itu kepada Sharifah Sakinah.



Sharifah Sakinah tidak mengambil masa lama untuk menulis kenyataan balas dengan menyatakan yang beliau malas untuk terus bergaduh dan menyerahkan kepada umum untuk menilai. Apa cerita? – Rotikaya

Nabila Huda Terus Luahkan Perasaan


Pelakon Nabila Huda Suhaimi masih lagi memuat naik status di laman Twitternya berhubung tanggapan masyarakat terhadap kehidupan peribadinya yang sering menjadi perhatian ramai.

Kali ini, Nabila menulis, “aku cakap ‘too many rules’ tu, KORANG! KORANG yang suka judge manusia sesuka hati. Seriously, jangan emosi lebih..Relax”!

Nabila dihentam sesetengah peminatnya apabila gambar seksinya berbikini di Pulau Mabul menjadi perbualan hangat di laman Instagramnya. 

Sebelum ini pun, pelakon berbakat besar ini sentiasa menimbulkan kontroversi apabila sering tampil seksi serta gemar berhibur serta bersosial walaupun dirinya sudah bergelar seorang ibu kepada Keisha Laila. 

Hmm, seperti kata-kata orang dulu, kita menegur kerana sayangkan seseorang itu, mungkin Nabila boleh mengambil serba sedikit nasihat yang positif supaya dapat memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan.

-mynewshub


Doktor Salah Buang Buah Zakar



London – Seorang lelaki menyaman hospital yang menyebabkan dia tidak lagi mampu mempunyai zuriat selepas pakar perubatan di situ tersalah membuang buah zakarnya.

Pengarah syarikat berusia 48 tahun itu berkata, dia mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Salisbury selepas disyaki mengalami kanser Katanya, dia menjalani pembedahan dengan harapan buah zakar yang bermasalah itu dapat dibuang.

“Bagaimanapun, 40 minit selepas pembedahan dijalankan, doktor menyedari mereka melakukan kesilapan kerana memotong buah zakar yang sihat,” katanya. Menurut sumber, buah zakar itu dibawa semula ke dewan pembedahan dan doktor cuba menyelamatkan keadaan tetapi gagal.

Lelaki terbabit yang berasal dari Wiltshire menuntut hospital membayar pampasan kepadanya atas kecuaian doktor mereka. Walaupun mempunyai anak daripada hubungan terdahulu, kesilapan itu menghalang lelaki terbabit mendapat zuriat.

Kata lelaki yang dirahsiakan identitinya itu, dia tertekan kerana tidak lagi mampu menjadi bapa. “Isu ini dikendalikan peguam saya,” katanya. Sementara itu, satu badan pemantau pesakit menggesa kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh atas insiden berkenaan. Jurucakap Rangkaian Pembabitan Wiltshire berkata, kejadian menimpa lelaki terbabit sangat tragik. “Adalah jelas siasatan perlu dijalankan oleh hospital bagi mengetahui bagaimana kesilapan ini berlaku.

“Dengan pembedahan ini, seseorang lelaki meletakkan sepenuh keyakinan mereka kepada hospital,” katanya. Badan yang mengendalikan hospital itu berkata, kejadian berkenaan sangat dikesali dan mereka meminta maaf kepada lelaki terbabit. – Daily Mail

Rihanna Cedera Diserang Peminat Chris Brown


Penyanyi Rihanna terpaksa menerima nasib malang apabila dirinya dikasari lagi hingga cedera.

Namun, kejadian itu bukanlah dilakukan oleh bekas kekasihnya, Chris Brown, sebaliknya tindakan peminat.

Insiden itu berlaku ketika pelantun lagu Diamonds ini keluar dari sebuah kelab malam.

Seorang peminat tiba-tiba melemparkan botol arak kepada penyanyi kelahiran Barbados itu.

“Saya tidak pasti kenapa saya diserang sebegitu. Namun, saya terdengar mereka menyebut sesuatu mengenai Brown,” katanya yang tidak menolak kemungkinan serangan itu adalah daripada peminat Brown.

-Sinarharian

Wednesday, 20 February 2013

Kami Hanya Kawan Baik




Mungkin ada segelintir peminat industri hiburan tempatan tidak begitu mengenali figura yang bernama Fadzil Zahari ini.

Tetapi baru-baru ini namanya hangat diperkatakan apabila dirinya dan pelakon Yana Samsudin kini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta.

Fadzil yang juga merupakan adik kepada Farid Kamil dikatakan sanggup menghantar Yana ke lokasi penggambaran dan pernah juga menghantar Yana ke sebuah syarikat penerbitan untuk melakukan sesi fotografi.

Mengulas mengenai perkara itu, Fadzil melalui petikan Sinar Harian Online berkata, “saya dan Yana bukan baru kenal. Saya kenal dia semenjak kami terlibat dengan pembikinan filem V3: Samseng Jalanan pada 2009.

“Malah, sepanjang mengenali dia, saya menyenangi sikapnya dan kagum dengan semangatnya yang kuat bekerja dan pernah bekerja sehingga 33 jam lamanya,” katanya.

Fadzil yang merupakan artis naugan Metrowealth Movies Production (MIG) bersama-sama dengan Yana, turut menafikan gosip yang mengatakan dia bercinta dengan Yana kerana buat masa ini hubungan mereka memang atas dasar berkawan baik sahaja.

-mynewshub

Nelydia Tidak Tolak Jika Ada Jodoh Dengan Qi




Pelakon Nelydia Senrose tidak menolak seandainya ditakdirkan jodohnya adalah dengan pelakon dan pengacara yang juga merupakan bekas kekasih kepada Yuna iaitu Qi.

Bercakap kepada Sinar Harian Online, Nelydia, 19, mengatakan, “hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.

“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” katanya.

Nelydia turut menambah sikap matang dan senang didampingi yang dimiliki oleh aktor itu membuatkannya selesa bersamanya.

Selain itu, Qi atau nama sebenarnya Qushiri Razali, 36, yang suka berbicara mengenai masa depannya turut membuatkan pelakon muda itu lebih senang untuk berbincang dengannya.

Kalau benar-benar bercinta pun apa salahnya, janganlah berahsia dengan peminat dan pihak media kerana lambat-laun mereka pasti dapat menghidu berita ini juga.

Semoga hubungan Nelydia dan Qi terus berbunga-bunga selepas ini!

-mynewshub

Anak Michael Jackson Jadi Wartawan




Anak pertama Raja Pop Dunia, Prince Michael Jackson, 16, kini dilaporkan menjadi wartawan untuk rancangan hiburan Entertainment Tonight.

Prince sudah membuat tugasan pertamanya dengan menemubual artis popular seperti James Franco, Sam Raimi dan Zach Braff.

Abang kepada Paris dan Prince ‘Blanket’ Michael II itu turut berazam untuk menjadi seorang yang penerbit, pengarah, penulis skrip serta pelakon yang berkebolehan di Hollywood kelak.

Dia juga sempat menitipkan kata-kata, “semua ini hasil didikan ayah saya, dia telah membesarkan saya dengan baik”.

-mynewshub

Saya Pernah Suruh Fizz Berubat – Almy




Almy Nadia sebelum ini enggan membuka mulut tentang perkara sebenar dan menunggu kenyataan pertama keluar dari Fizz Fairuz tentang kontroversi pertunangan beliau minggu lalu.

Sebagai respons kepada apa yang di’dedahkan oleh Fizz Fairuz hari ini kepada Harian Metro, Almy Nadia mengakui yang dirinya juga baru tahu yang wanita tersebut merupakan isteri orang.

“Saya baru dapat tahu yang dia (Fizz Fairuz) bertunang dengan isteri orang tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” ujar Almy Nadia yang tahu akan perkara ini beberapa hari lalu.

Memberikan komen tentang ada kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, Almy Nadia tidak menolak perkara itu terjadi kerana selama ini Fizz Fairuz tidak pernah berkelakuan pelik sebegitu.

“Sebelum ini Fizz (Fairuz) tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa yang sudah terjadi — saya pernah menyuruhnya pergi berubat tetapi entahlah,” ujar beliau enggan mengulas lanjut. – Rotikaya

Janda Anak 3, Lelaki Warga Nepal Dicekup




AMPANG – Seorang janda beranak tiga dicekup bersama pasangannya, warga Nepal yang dikenali sejak dua bulan lalu, setelah disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai, di Pandan Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan mengenai kegiatan maksiat di bilik sewa rumah berkenaan.

“Setelah beberapa kali mengetuk bilik berkenaan, seorang wanita sekitar usia 38 tahun yang hanya berkemban dengan tuala membuka pintu.

“Wanita itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa, lalu memberi alasan tinggal bersama kakaknya, namun kami berjaya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap berusia 30 tahun menyorok bawah tilam di premis sama,” katanya.

Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengawal keselamatan itu juga beralasan membenarkan lelaki baru dikenali itu tinggal bersama kerana simpati.

“Wanita itu memberi alasan kasihan dan membenarkan tinggal bersama di bilik sewa terbabit kerana sebelum ini teman lelakinya mendiami hostel yang sempit serta sesak.

“Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk laporan tangkapan dan wanita terbabit diberi jaminan keluarga atau kenalan, bagaimanapun lelaki Nepal berkenaan dilepaskan kerana bukan Islam,” katanya.

Dalam serbuan berasingan, perbuatan mencurigakan beberapa wanita memasuki rumah bujang lelaki di Taman Melur, di sini, terjawab apabila kediaman itu diperiksa.

Ahmad Nawi berkata, lima individu termasuk dua wanita sekitar 20 hingga 30an ditahan dalam serbuan berkenaan.

Menurutnya, dua lelaki masing-masing hanya bertuala dan berseluar pendek didapati tidur bersama seorang wanita berpakaian lengkap di ruang tamu rumah berkenaan.

“Seorang daripada lelaki terbabit memberi alasan teman wanitanya terpaksa menumpang di kediaman itu kerana kesukaran mencari rumah sewa lain,” katanya.

Pada masa sama, sepasang kekasih turut dicekup tidur bersama dalam bilik di tingkat atas rumah itu.

Lima yang ditahan dalam operasi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk laporan tangkapan. – Ahmad Ismadi Ismail / Sinar Harian

Lana Nodin: Pavel Sedang Belajar Budaya Melayu




Pelakon yang sering mendapat jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’, Lana Nodin, 33, berkata buat masa sekarang kekasihnya, Parvel Michalec sedang mendalami dan belajar cara dan budaya orang Melayu.

Menerusi petikan dari MalaysianDigest, Lana menyatakan, “Kami masing-masing tengah kenal. Dia ada juga datang ke set dan tengok saya cara saya bekerja. Saya pun ada ikut dia di majlis pertunjukkan fesyen. Dia pun ada belajar sikit-sikit cara dan budaya kita. Pada bulan puasa lalu, saya ada bawa dia jumpa keluarga saya dan dia tengok cara kita berbuka puasa. Keluarga saya menerimanya dengan baik”.

Selain itu, Lana juga akan ke Republik Czech pada Julai atau Ogos ini untuk bertemu dengan keluarga buah hatinya itu.

“Seperkara yang lucu, bapa dia yang dulu tahu pasal gosip kami apabila gambar kami berdua tersebar di internet. Bapa dia kirim email, terkejut sebab tak sangka anak dia ada gosip kat Malaysia,” kata Lana.

Sementara itu, Parvel, 24, yang merupakan seorang model akan berlepas pulang ke negaranya hari ini untuk meneruskan pengajian dalam jurusan ekonomi dan kewangan.

Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Lana sehingga membuatkan dia jatuh hati, Parvel berkata, “rahsia, hanya antara saya dan dia saja yang tahu”.

Baguslah kalau kedua-dua saling serius dan sentiasa memikirkan hala tuju untuk membawa hubungan cinta ke tahap yang seterusnya.

Semoga niat murni itu dipermudahkan dan moga berbahagia hingga ke jinjang pelamin hendaknya buat Lana dan Parvel.

-mynewshub

Cha Cha Maembong Berhenti Sekolah Demi Populariti?


Selepas kejayaan drama bersiri Setia Hujung Nyawa, nama Cha Cha Maembong yang merupakan salah seorang pelakon pembantu drama itu terus meningkat naik.

Cha Cha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail, 17, dikhabarkan sudah berhenti sekolah.

Menerusi petikan Buahmulut.com, Cha Cha yang merupakan adik kepada pelakon Emma Maembong sepatutnya sudah berada di Tingkatan 5 mengambil pendekatan dengan belajar di rumah seperti yang selalu diaplikasikan oleh bintang-bintang muda Hollywood seperti Selena Gomez dan Lindsay Lohan.

“Cha tak pernah pergi sekolah menengah seperti mana kebiasaanya macam remaja lain. Sebab apa Cha tak pergi tu tak perlu la Cha nak bagi tahu sebab ianya hal peribadi. Walaupun Cha tak pergi sekolah tapi tetap juga belajar dirumah dengan bimbingan guru yang dilantik. Maknanya Cha juga belajar tapi tidak secara formal seperti mana kebiasaanya,” katanya.

Jelas Cha Cha juga walaupun dia tidak bersekolah secara formal seperti mana rakan sebayanya yang lain, dia tetap akan mengulangjkaji pelajaranya dirumah jika ada masa kelapangan.

Semoga Cha Cha bijak membahagikan masa di antara akademik dan bidang seni kerana kedua-duanya haruslah seiring jikalau dia mahu menjadi pelakon yang disegani ramai kelak.

[Sumber]

Fuh Fanas