KUALA LUMPUR 9 Feb. - Pelakon dan model Neelofa sedia menerima lelaki mualaf sebagai calon suaminya dan yakin individu itu mungkin menjadi Muslim yang lebih baik berbanding orang lain.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, istilah lelaki soleh pada bakal suaminya seperti diharapkan ibunya, Noor Kartini adalah sesuatu yang subjektif.
"Bagi saya, lelaki soleh adalah subjektif kerana kalau lelaki yang bukan Islam pun apabila sudah memeluk Islam dia mungkin boleh menjadi Muslim yang lebih baik," katanya.
Pengacara rancangan Nona dan MeleTop ini meluahkan pandangannya semasa ditemui pada sambutan hari lahirnya yang ke-24 di Sunway Giza, Petaling Jaya baru-baru ini.
Neelofa diminta mengulas kenyataan ibunya Noor Kartini Noor Mohammed yang berharap agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman pada majlis tersebut. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment