Saturday 9 February 2013

Hafiz Suip Lafaz Nikah Di Instagram?




Beberapa hari ini, bukan kes penyanyi, Shila Amzah dan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad saja yang mendapat perhatian, malah penyanyi kepada platun lagu Ku Akui juga mendapat tumpuan ramai.

Ini kerana jejaka kelahiran Sarawak, Hafiz Suip dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas hubungannya dengan Adira terputus.

Hari ini, menerusi Ohbulan, laman portal itu ada memuatnaik beberapa gambar yang dicantum menjadi satu yang mana ia menunjukkan gambar Hafiz bersama dua orang wanita.

Gambar yang diperoleh daripada seorang pembaca itu memberitahu kekasih Hafiz bernama Izzah Zie dan turut berasal dari Sarawak.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila di laman Instagram Hafiz, dia ada menulis pengakuan lafaz nikah secara gurauan.

Manakala gadis berkenaan menulis ‘tak sah! tak sah!’.

Lihat gambar di bawah ini..






Kredit: mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas