Monday 11 February 2013

Zain Saidin Bercuti Di USS Dengan Che Ta



Mesti ramai di antara yang kita sedang bercuti sakan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang disambut semalam.

Golongan artis juga tidak terkecuali daripada meluangkan masa berkualiti dengan keluarga dan orang yang tersayang.

Pelakon yang semakin sasa tubuh badannya ini, Zain Saidin dilihat sempat berjalan di negara seberang kita di Universal Studios, Singapura (USS).

Melalui laman Instagramnya, Zain sempat berkongsi dua keping gambarnya di sana, semalam.

Zain ditemani kekasihnya, pelakon cantik manis, Rozita Che Wan.


Percutian pasangan ini turut disertai anak Rozita daripada perkahwinan pertamanya, Ammar Effendy.

Wah, nampaknya semakin serius hubungan mereka kini apabila kedua-duanya sudah semakin terbuka berkongsi saat-saat manis bersama.

Mynewshub mendoakan semoga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin hendaknya.

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas