Jurucakap polis, Katlego Mogale, berkata Pistorius, 26, ditahan kerana menembak mati “seorang wanita berusia 30 tahun.” “Mangsa ditembak empat kali dan mati di tempat kejadian,” katanya. Mangsa dikenali sebagai Reeva Steenkamp dan bekas model.
Menurut Mogale, tiada suspek lain terbabit dalam insiden berkenaan. “Suspek menjalani ujian alkohol dan forensik.
“Dia meminta didakwa di mahkamah dan memohon untuk diikat jamin, tetapi polis akan membantah,” katanya.
Laporan lain menyatakan, Pistorius mendakwa tersilap kerana menyangka Reeva adalah penceroboh rumahnya. Bagaimanapun, polis berkata, sebelum ini ada “beberapa insiden” berlaku di rumah berkenaan.
-AP
No comments:
Post a Comment