Thursday, 7 February 2013

Wanita Bunuh Anak, Siar Dalam Internet


China – Demi membalas dendam kepada suami dan mertuanya, seorang wanita tergamak membunuh anaknya sendiri dengan mencekiknya dan perbuatan kejam itu disiarkan dalam internet, untuk tatapan keluarganya.

Wanita itu, Zou, kini ditahan di lokap.

Selepas mencekik bayinya yang berusia 10 bulan di rumahnya di Fujian, dia telah menghubungi ambulans.

Apabila menyedari bayi itu gagal diselamatkan lagi, dia kemudiannya menyerah diri kepada polis.

Suspek sebelum itu membuat pengumuman di internet bahawa dia akan membunuh anak lelakinya itu dan menyiarkan secara langsung melalui QQ.com.

Menurut ibu mertuanya, Zuo dan suaminya berkahwin pada usia muda dan kedua-duanya menetap bersama mereka.

Zuo juga sering meninggalkan bayinya dengan keluarga mertuanya itu.

Bagaimanapun terdapat laporan, sejak tiga minggu lalu, Zuo enggan menyentuh bayinya itu.

Zuo percaya suaminya tidak mempedulikan anak lelaki mereka, dan keadaan ini menyebabkan pasangan itu sering bergaduh.
Kredit: mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas