Tuesday 19 February 2013

Panas! Pelakon Halimah Jongang Tindik Lidah Pula!


Pelakon yang popular dengan watak Halimah Jongang, Sheera Iskandar dilaporkan telah menindik lidahnya.

Tidak diketahui pula sama ada dia bertindik untuk tuntutan wataknya dalam mana-mana filem atau drama terbaru lakonannya.

Atau pun mungkin, Sheera yang merupakan anak kepada pelakon Aznah Hamid saja mahu mencuba gaya sebegitu untuk perubahan imejnya bagi tahun ini.

Sebenarnya trend bertindik ini pernah juga dibuat oleh pelakon remaja, Erin Malek dan Ika Nabila sebelum diri mereka dikritik hebat peminat disebabkan perbuatan terbabit.

Hmmm, adakah tindakan Sheera ini juga bakal menimbulkan kontroversi seperti rakan artisnya yang lain sebelum ini?

Apa kata anda?

[Sumber]

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas