Wednesday, 20 February 2013

Lana Nodin: Pavel Sedang Belajar Budaya Melayu




Pelakon yang sering mendapat jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’, Lana Nodin, 33, berkata buat masa sekarang kekasihnya, Parvel Michalec sedang mendalami dan belajar cara dan budaya orang Melayu.

Menerusi petikan dari MalaysianDigest, Lana menyatakan, “Kami masing-masing tengah kenal. Dia ada juga datang ke set dan tengok saya cara saya bekerja. Saya pun ada ikut dia di majlis pertunjukkan fesyen. Dia pun ada belajar sikit-sikit cara dan budaya kita. Pada bulan puasa lalu, saya ada bawa dia jumpa keluarga saya dan dia tengok cara kita berbuka puasa. Keluarga saya menerimanya dengan baik”.

Selain itu, Lana juga akan ke Republik Czech pada Julai atau Ogos ini untuk bertemu dengan keluarga buah hatinya itu.

“Seperkara yang lucu, bapa dia yang dulu tahu pasal gosip kami apabila gambar kami berdua tersebar di internet. Bapa dia kirim email, terkejut sebab tak sangka anak dia ada gosip kat Malaysia,” kata Lana.

Sementara itu, Parvel, 24, yang merupakan seorang model akan berlepas pulang ke negaranya hari ini untuk meneruskan pengajian dalam jurusan ekonomi dan kewangan.

Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Lana sehingga membuatkan dia jatuh hati, Parvel berkata, “rahsia, hanya antara saya dan dia saja yang tahu”.

Baguslah kalau kedua-dua saling serius dan sentiasa memikirkan hala tuju untuk membawa hubungan cinta ke tahap yang seterusnya.

Semoga niat murni itu dipermudahkan dan moga berbahagia hingga ke jinjang pelamin hendaknya buat Lana dan Parvel.

-mynewshub

No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas