Friday 15 February 2013

Sendi Pinggul "Lady Gaga" Terkehel...


LADY Gaga telah mengesahkan bahawa konsert rangkaian jelajahnya, Born This Way Ball yang hanya perlu diadakan di beberapa lokasi sahaja lagi terpaksa dibatalkan.
Menurut laporan portal DigitalSpy kenyataan itu dibuat menerusi akaun Twitter miliknya iaitu Little Monster pada Rabu lalu.

Pembatalan itu disebabkan keadaan Gaga yang harus menjalani pembedahan untuk memulihkan kecederaannya di pinggul. Doktor yang merawat penyanyi ini menyarankan untuk dia berehat sehingga pinggulnya kembali sembuh.

Lady Gaga saat konsert di London.

"Live Nation Global Touring mengumumkan bahawa lokasi konsert Gaga yang lain telah dibatalkan.
"Selepas ujian kesihatan dibuat, sendi pinggul kanan Gaga mempunyai sedikit masalah dan dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin dan perlu berehat untuk kembali sembuh," kata jurucakap penyanyi tersebut.


No comments:

Post a Comment

Fuh Fanas