Selepas hubungan cintanya dengan Yuna terputus di tengah jalan tahun lalu, nama Qi Razali mula dikaitkan dengan ramai wanita di antaranya Nora Danish.
Tapi ternyata hatinya kini sedang berbunga-bunga apabila Qi dikhabarkan sedang dalam proses mengenali pelakon remaja yang popular dengan drama Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose, 19.
Mereka sebelum ini pernah digandingkan bersama melalui drama bersiri di TV9 berjudul Friday I’m In Love.
Mungkin bertitik tolak dari situ hubungan mereka semakin rapat.
Melalui petikan Utusan, Qi, 35, menjelaskan, “memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa. Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa.
Apa-apa pun tak salah buat mereka untuk bercinta kerana kedua-duanya pun masih solo dan secocok bersama!
-mynewshub
No comments:
Post a Comment